marquee

SELAMAT DATANG! Welcome!Blogger Templates

Rabu, 17 April 2013

SEJARAH PENUBUHAN PPKI SK KUALA KURAU

     Tanggal 3 Januari 2007 program ini dibuka secara rasminya. Bermula dengan 3 orang guru termasuk saya sendiri dan diketuai oleh Penyelaras Pendidikan Khas. Bilangan murid hanya seramai 7 orang sahaja. 
     Tahun 2008 seramai 5 orang guru, murid seramai 16 orang dan dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). 
     Tahun 2009 guru masih kekal seramai 5 orang, murid bertambah menjadi seramai 21 orang dan dibantu oleh seramai 3 orang PPM. 
     Tahun 2010 bilangan guru bertambah menjadi seramai 9 orang, murid bertambah menjadi seramai 27 orang. 
     Tahun 2011 jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) diwujudkan. Berlaku pertukaran guru-guru dan PPM. PKPK telah memperkenalkan Sistem Kelas Stesen. Stesen ini mengikut bilik darjah berdasarkan subjek teras dalam sukatan pendidikan khas.
     Tahun 2012 guru masih kekal seramai 9 orang seramai 4 orang murid telah sambung belajar ke sekolah menengah.




     Tahun 2013 pertambahan guru menjadi seramai 10 orang, murid bertambah menjadi seramai 43 orang dan PPM masih seramai 3 orang.