marquee

SELAMAT DATANG! Welcome!Blogger Templates

Ahad, 12 Mei 2013

1 Murid 1 Sukan



1M 1S adalah salah satu program yang bermanfaat. Ia telah memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai sekurang-kurangnya 1 jenis permainan atau acara olahraga. Bagi murid yang mungkin tidak pernah bersukan, 1M 1S sebagai pendedahan baru kepada mereka di samping sebagai riadah yang baik untuk kesihatan. Semua murid terlibat termasuk murid-murid pendidikan khas juga. Gambar di atas adalah salah seorang murid pendidikan khas yang bernama Muhammad Fazirul Najmi. Murid ini pada mulanya sukar untuk berlari seperti murid lain, setelah diperkenalkan program ini lama- kelamaan murid ini semakin berani dan yakin untuk melakukan aktiviti fizikal yang lain. Program 1M 1S dilasanakan pada setiap hari Khamis untuk murid-murid pendidikan khas.

Tidak terkecuali murid-murid prasekolah juga turut menyertai program 1M 1S.

Lari jangan tak lari...Tidak ketinggalan bekas Guru Bekas SK Kuala Kurau iaitu En. Abd. Wahab bin Hashim turut menyertai 1M 1S pada hari pelancaran program tersebut.


FALSAFAH

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Khas

"Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."

NAMUN KU PUNYA HATI

Ini adalah gambar salah seorang anak murid saya bernama Jamalludin bin Azman. Rumahnya telah terbakar pada 18 April 2013 lebih kurang pada pukul 9.30 malam. Mengikut cerita ayahnya mereka sekeluarga tidak berada di dalam rumah pada ketika itu. Ibu dan ayahnya telah membawa adik bongsunya ke klinik kerana kurang sihat. Adiknya yang berusia 6 tahun berada dengan neneknya di rumah bersebelahan. Jamalludin sedang berehat-rehat di dalam sebuah lori yang berada di antara rumah nenek dan rumah ibunya yang terbakar. Waktu kejadian Jamalludin nampak asap, mendengar letupan dan memaklumkan pada ayahnya. Kemudian Jamalludin memaklumkan pada nenek bahawa rumah ibu sudah terbakar. Jamalludin telah mengambil tindakan bijak dengan menelefon pihak bomba dengan segera. Mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Hasil siasatan pihak bomba mendapati kejadian kebakaran berlaku kerana litar pintas.





















Apa yang mengharukan saya pada hari Isnin semasa perhimpunan pagi Jamalludin tetap datang ke sekolah dengan memakai baju t-shirt, seluar sukan dan hanya berselipar sahaja. Semangat belajar yang ditunjukkan telah dipuji oleh semua guru. Jamalludin sekarang diinklusifkan di tahun 6 Usaha bersama murid-murid aliran perdana yang lain dan akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Saya berharap kepada mereka yang melayari blog ini akan mendoakan kejayaannya nanti...Aminnn..

...KONGSIKAN PERASAAN ANDA

Apa yang anda rasakan bila melayari blog ini? Pilihlah yang mana satu berkaitan dengan perasaan anda...









Diharap anda semua sentiasa tersenyum dan gembira, 

SESUNGGUHNYA SENYUM ITU SEDEKAH 
DAN 
PENAWAR SEGALA PENYAKIT

...Insya-Allah...

PEMANTAUAN DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Setelah hampir tiga bulan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan Tahun Tiga, SK Kuala Kurau dilawati pemantau dari Pengawai Kementerian Pelajaran Malaysia, Pendidikan Khas, Bahagian Pusat Pembangunan Kurikulum (BPK). Hasil pemantauan dari pegawai tersebut beliau mengucapkan tahniah secara keseluruhan kerana melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti yang diarahkan.

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!


Bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn. Nasri bt. Hj. Salleh dan En. Roslan.


Di samping guru-guru pendidikan khas yang lain khusyuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh En. Roslan.





TAKLIMAT SEMAKAN KSSR

Di atas permintaan Kementerian Pelajaran Malaysia saya dan rakan Cik Teh Syuhaida dikehendaki menghadiri Talimat Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan Tahun Tiga selama lebih kurang empat hari tiga malam bersama bekas Guru Besar SK Kuala Kurau iaitu En. Abd. Wahab bin Hashim di Hotel Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan 2011. Taklimat ini dihadiri wakil dari seluruh negeri seluruh Malaysia bagi semua mata pelajaran aliran perdana dan pendidikan khas. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai kementerian Bahagian Pendidikan Khas  iaitu Cik Maziani, En. Roslan dan pegawai-pegawai kementerian yang lain dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di atas segala maklumat-maklumat yang saya perolehi.

DALAM KENANGAN...




BAHASA INGGERIS

Topic                     : Personal Details
Content Standards : 2.1 Self Introduction (Listening and Speaking)
Learning Standards: 2.1.1 Able to talk about oneself
                                        i. nickname


hai...you want to look my face? hi...hi...just click!

Let's sing the song!

I AM TEACHER ZU,
I AM TEACHER ZU,
WHO ARE YOU,
WHO ARE YOU,
I AM ALIF,
I AM ALIF,
HELLO THERE,
HELLO THERE,

(Tune : Are You Sleeping)

AKTIVITI MEMBERUS GIGI

 Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan utama sebagai asas untuk menguasai bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumahtangga perlu diberi kepada murid bermasalah pembelajaran.
Pada setiap tahun dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kuala Kurau mengadakan pemeriksaan gigi dan amali memberus gigi bersama murid-murid aliran perdana tidak terkecuali murid-murid pendidikan khas. Mereka telah membekalkan berus gigi dan ubat gigi percuma kepada semua murid. Kemudian mereka akan membuat demonstrasi memberus gigi kepada semua murid sambil murid mengikut cara memberus gigi yang betul secara beramai-ramai. Hasil pemeriksaan gigi, jururawat yang bertugas memaklumkan tahap kesihatan gigi murid-murid pendidikan khas semakin meningkat. Ini menunjukkan kemahiran yang murid-murid pelajari di sekolah ada kesinambungannya di rumah. Apa yang dipelajari di sekolah bertujuan melatih murid ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan lebih cekap dan berkeyakinan.

AMALAN HIDUP BERDIKARI (AHB)

Komponen ini memberi fokus kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk membolehkan murid bermasalah pembelajaran berdikari. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan lebih yakin. Komponen AHB ini membolehkan murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek mendobi. 








Murid diajar secara amali:
1. Mengenal dan menggunakan alatan mendobi.
2. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.
3. Mengenal pasti bahan mendobi.
4. Mengamalkan aktiviti mendobi dengan betul.

Murid sepatutnya diajar mendobi menggunakan mesin basuh. Oleh kerana mesin basuh mengalami masalah tenikal dan tidak dapat berfungsi, murid-murid diajar mendobi secara manual iaitu mencuci pakaian cara cucian tangan. Murid-murid terpaksa mendobi di kawasan luar kerana keadaan ruang di dalam tandas tidak mengizinkan.





Sabtu, 11 Mei 2013

KATEGORI DAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1. Sindrom Down
2. Pintar Cerdas
3.Hyperaktif
4.Selebral Palsi
5. ADHD/ ADD (Tumpuan perhatian singkat)
6. Autisme

1. Sindrom Down
- Seperti orang Mongol
- Rambut yang jarang dan lurus (majoriti berambut lurus dan lembut)
- Bahagian kepala dan muka leper
- Hidung kemek dan kecil
- Bentuk muka yang kecil
- Mata yang kecil dan senget ke atas
- Lidah yang tebal dan kerap terjelir
- Jari pendek dan lebar.
- Tapak tangan hanya ada satu lipatan
- Jari kelengkeng tangan melekung
- Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua lebar
- Senang dijangkiti penyakit telinga, mata dan hidung
- Kelopak mata berlipat-lipat
- Lelangit tinggi
- Cuping telinga tidak sempurna
- Bermasalah pertuturan
- Otot lembik
- Sendi longgar
- Garisan pada tapak tangan yang jelas
- IQ rendah
- Kerencatan akal (bermasalah mental)
- Hadapi masalah bersosialisasi
-  Tingkah laku kurang matang dan kebudak-budakkan
- Selalu menangis
- Tidak dapat mengawal emosi

2. Pintar Cerdas
- Kebolehan yang luar biasa
- Mempunyai masalah psikososial seperti masalah kelakuan dan emosi
- Pergaulan dengan kanak-kanak lain
- Perkembangan bahasa yang lambat
- Perbendaharaan kata yang kemas
- Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar
- Kemukakan soalan yang bertalu-talu
- Suka bergaul dengan orang yang lebih tua
- Suka mencari helah

3. Hyperaktif
- Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
- Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna
- Tidur yang tidak tetap
- Terlalu kerap menangis atau ketawa
- Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan
- Suka menganggu orang lain
- mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut
- Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang
- Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya

4. Selebral Palsi
- Kecacatan anggota (tangan, kaki tubuh badan)
- Masalah pergerakan
- Masalah postur
- Kekejangan
- Pergerakan tidak terkawal
- Masalah komunikasi
- Masalah motor halus/ kasar
- Masalh tulisan
- Masalah perkembangan motor halus/ kasar

5. ADHD/ ADD (Tumpuan perhatian singkat)
- Lambat menyiapkan tugasan
- Mudah terganggu
- Masalah konsentrasi
- Masalah menguruskan tugasan
- cepat lupa
- Impulsif
- Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan sebelumnya
- Memerlukan pengawasan yang lebih
- Masalh menunggu giliran

6. Autisme
- Perlakuan yang bongkak
- Ketawa dengan tiba-tiba\- Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap
- Tidak mengenali bahaya
- Tidak merasai kesakitan
- Menangis dan marah tanpa sebab
- Permainan yang luar biasa
- Tidak mahu didakap
- Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain
- Berkelakuan seperti orang pekak
- Tiada perhubungan mata bila bercakap
- Memutar barang
- Tidak mengawal keseimbangan fizikal
- Tingkah laku aktif keterlaluan
- Tidak mahu pelajaran biasa
- Menggigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri
- Taku dan cemburu berlebihan

Selasa, 7 Mei 2013

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif
Pendidikan inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana (bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.
(Kamariah Jarji, 1994)

Konsep dan Dasar Pendidikan Inklusif
1. Berkaitan dengan "pendemokrasian" pendidikan.
2. Konsep "keadilan".
3. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan.
4. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.
5. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualiti pendidikan yang tinggi.
6. Proses P&P "child centre".

Bentuk Pendidikan Inklusif

1. Pendidikan Inklusif sepenuh masa
- Murid mengikut semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.
- Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.
- Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru damping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku.
- Pelajar pendidikan khas di tahun enam boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan.

2. Pendidikan Separa Inklusif
- Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
- Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
- Senarai nama murid pada daftar program pendidikan khas.
- Guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
- Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa.

Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan sama ada murid itu layak atau sebaliknya.

Model-model Pendidikan Inklusif
1. Model A - Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi   P&P.
2. Model B - Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/ bimbingan Guru Pendidikan Khas.
3. Model C - Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/ Bilik Resos/ Pusat Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D - Penempatan di Sekolah Khas (Base School) dan kelas "Satellite" di sekolah biasa. (Octopus Model).
5. Model E - Penempatan sepenuh masa di sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F- Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

Penekanan dalam Pendidikan Inklusif
1. Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca, berfikir, berkarya dan belajar.
2. Penerapan nilai-nilai murni.
3. Pendidikan teknik dan vokasional seperti pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka Cipta.
4. Pemupukan budaya niaga dan keusahawanan.
5. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan.
6. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.

Program Pendidikan Inklusif Sk Kuala Kurau telah dilaksanakan bermula dari tahun 2010 hingga ke hari ini. Hasilnya telah dapat dilihat pada halaman 'KEJAYAAN-KEJAYAAN KAMI'.


KEJAYAAN-KEJAYAAN KAMI

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kuala Kurau pernah menempa pelbagai kejayaan sepanjang pembukaan program ini dari dahulu hingga kini.

1. Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ)
a) Hafazan (Perempuan)- Peringkat Negeri Perak.
b) Azan- Peringkat Negeri Perak.
c) Hafazan (Lelaki) Masalah Penglihatan- Naib Johan Peringkat Negeri Perak.
d) Hafazan (Lelaki) Masalah Pembelajaran.- Naib Johan Peringkat Daerah Kerian.
e) Tilawah (Perempuan) Masalah Pembelajaran- Johan Peringkat Daerah Kerian.
f) Tilawah (Lelaki) Masalah Pembelajaran.- Ke-3 Peringkat Daerah Kerian.

2.Sukan dan Permainan
a) Olahraga  acara lari (masalah pembelajaran) lelaki - Peringkat Kebangsaan.
b) Olahraga acara lari (syndrome down) perempuan- Johan Peringkat Daerah.
c) Futsal - Ke-3 Peringkat Daerah Kerian.

3. UPSR
a) Mohd. Naim b. Abd. Halim- 1A,1B, 2C, 1E (2010).
b) Muhammad Iqbal Afiq b. Ayob- 3A, 1B, 1C (2012)
c) Rahmat Hidayat b. Jamaludin- 4C, 1D

Kenangan


RANCANGAN PELAJARAN INDIVIDU (RPI)

Definisi (RPI)
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. 
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang di sediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. Rpi dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumen tasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimanakah penemuan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pengawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dan agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid 
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka. 
 

RPI telah dilaksanakan pada murid yang bernama Jamalludin bin Azman. Fokus RPI adalah pada penampilan murid. RPI yang dilaksanakan melibatkan urus diri dandanan bahagian kepala dan urus diri berkaitan pakaiannya. Langkah ini diambil adalah kerana Jamal berpenampilan kurang kemas setiap hari. Hasil perbincangan dengan ayahnya, Jamal perlu berjumpa guru selepas tamat waktu belajar memandangkan dia diinklusifkan bersama murid aliran perdana di Tahun 5 Usaha pada tahun lepas. Berdasarkan objektif pengurusan diri iaitu berdikari dan menjalankan aktiviti seharian, dan menyediakan diri menghadapi situasi sebenar telah membantu Jamal lebih yakin pada diri untuk terus belajar.

Isnin, 6 Mei 2013

BAHASA MELAYU

Cikgu-cikgu dan sesiapa sahaja bantulah saya belajar!

 Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya murid ingin belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Nama saya Nurul Syamira bt. Saleh. Saya cuba membina ayat berdasarkan peristiwa semasa pada gambar yang saya pilih sendiri. Adakah ayat-ayat yang saya tulis ini ayat-ayat yang baik? Saya perlukan bimbingan.
1) Sebuah kereta bomba
2) Kereta bomba menlanggar sebatang pokok
3) Tiada orang yang cedera
4) Orang ramai telah berhenti menlihat kereta bomba
5) Paip bomba tercampak keluar

MUZIK

Kemahiran MendengarBunyi Binatang


Aktiviti: 
1. Murid menonton video lagu 'Mari Mengenal haiwan Jinak'.
2. Murid mengikut bunyi jenis-jenis haiwan.
3. Murid mengikut guru menyebut nama-nama haiwan.
4. Murid menyanyi bersama-sama guru.
5. Murid meneka bunyi jeni-jenis haiwan.

Ahad, 5 Mei 2013

PENDIDIKAN JASMANI


Murid Kelas 1 Persona.



Tajuk: Pergerakan Asas Lokomotor (Berjalan)

Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat melakukan aktiviti lokomotor berjalan dengan postur badan dan lakuan yang betul.

Nilai:
Kerjasama, patuh dan ikut peraturan, dan berhati-hati.

Bbm: Tali skiping, kon, gelung, bangku panjang, pundi kacang dan wisel.

1. Murid memanaskan badan dan aktiviti regangan.
2. Murid melangkah berselang kaki kiri dan kanan, badan ditegakkan dan    mata pandang hadapan.
3. Jenis-jenis aktiviti berjalan.
    a) Berjalan bebas
    b) Berjalan lurus di atas garisan atau tali.
    c) Berjalan 'zig-zag' atau bengkang-bengkok.
    d) Berjalan sambil menjunjung benda di atas kepala (pundi kacang).
    e) Berjalan meniti di atas bangku panjang.
4. Murid menyejukkan badan dan aktiviti mengendurkan otot.