marquee

SELAMAT DATANG! Welcome!Blogger Templates

Ahad, 12 Mei 2013

AKTIVITI MEMBERUS GIGI

 Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan utama sebagai asas untuk menguasai bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumahtangga perlu diberi kepada murid bermasalah pembelajaran.
Pada setiap tahun dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kuala Kurau mengadakan pemeriksaan gigi dan amali memberus gigi bersama murid-murid aliran perdana tidak terkecuali murid-murid pendidikan khas. Mereka telah membekalkan berus gigi dan ubat gigi percuma kepada semua murid. Kemudian mereka akan membuat demonstrasi memberus gigi kepada semua murid sambil murid mengikut cara memberus gigi yang betul secara beramai-ramai. Hasil pemeriksaan gigi, jururawat yang bertugas memaklumkan tahap kesihatan gigi murid-murid pendidikan khas semakin meningkat. Ini menunjukkan kemahiran yang murid-murid pelajari di sekolah ada kesinambungannya di rumah. Apa yang dipelajari di sekolah bertujuan melatih murid ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan lebih cekap dan berkeyakinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan