marquee

SELAMAT DATANG! Welcome!Blogger Templates

Ahad, 12 Mei 2013

NAMUN KU PUNYA HATI

Ini adalah gambar salah seorang anak murid saya bernama Jamalludin bin Azman. Rumahnya telah terbakar pada 18 April 2013 lebih kurang pada pukul 9.30 malam. Mengikut cerita ayahnya mereka sekeluarga tidak berada di dalam rumah pada ketika itu. Ibu dan ayahnya telah membawa adik bongsunya ke klinik kerana kurang sihat. Adiknya yang berusia 6 tahun berada dengan neneknya di rumah bersebelahan. Jamalludin sedang berehat-rehat di dalam sebuah lori yang berada di antara rumah nenek dan rumah ibunya yang terbakar. Waktu kejadian Jamalludin nampak asap, mendengar letupan dan memaklumkan pada ayahnya. Kemudian Jamalludin memaklumkan pada nenek bahawa rumah ibu sudah terbakar. Jamalludin telah mengambil tindakan bijak dengan menelefon pihak bomba dengan segera. Mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Hasil siasatan pihak bomba mendapati kejadian kebakaran berlaku kerana litar pintas.





















Apa yang mengharukan saya pada hari Isnin semasa perhimpunan pagi Jamalludin tetap datang ke sekolah dengan memakai baju t-shirt, seluar sukan dan hanya berselipar sahaja. Semangat belajar yang ditunjukkan telah dipuji oleh semua guru. Jamalludin sekarang diinklusifkan di tahun 6 Usaha bersama murid-murid aliran perdana yang lain dan akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Saya berharap kepada mereka yang melayari blog ini akan mendoakan kejayaannya nanti...Aminnn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan