Definisi (RPI)
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)
RPI ialah program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang di sediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. Rpi dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumen tasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimanakah penemuan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pengawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dan agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan